Peace be upon you~

GelangganG PercaturaN AkaL

In the Name of Allah, the Compassionate, the Merciful O mankind! Indeed, We have created you male and female, and have made you nations and tribes that you may know one another. Indeed, the noblest of you, in the sight of Allah, is the best in conduct. Indeed, Allah is Knower, Aware.

(Al- Quran, 49:13)

Sunday, October 18, 2009

Deeparaya adalah haram

Deeparaya adalah haram

PERTARUNGAN dan pertembungan antara Dewa Rama yang baik dengan Ravana yang jahat, berakhir dengan Dewa Rama berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat itu.. Ada juga cerita seperti pergaduhan antara Dewa Krishna yang baik dengan Syaitan Asura (Nagasura), yang dimenangi oleh pihak baik.. Lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu oleh penganut agama Hindu… dinamakan Pesta Cahaya. Itulah asal-usul sambutan perayaan Hari Deepavali yang jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November.

Bagaimana pula perbuatan menggabungkan perkataan seperti Kongsi Raya dan Deeparaya?

PENDAPAT MANTAN MUFTI SELANGOR:DATO' ISHAK BAHAROM:Seharusnya perkataan-perkataan itu tidak diwujudkan. Kadang-kadang istilah itu dijadikan alasan untuk perpaduan. Jika kita hendak menunjukkan kita mempunyai berbagai bangsa dan adanya perpaduan bukannya dengan berkongsi hari raya ataupun apa-apa perayaan dalam Islam, bukan itu caranya.

Tunjukkan, umpamanya, hidup saling bantu-membantu, tolong-menolong dalam perkara-perkara susah. Islam memang menggalakkannya.



LATAR BELAKANG DAN ISU
Di antara keunikan masyakat Malaysia ialah berbilang kaum dicirikan oleh agama , bahasa dan kepelbagaian fungsi-fungsi dalam ekonomi
Dalam perlembagaan Malaysia ,Islam adalah agama rasmi dan agama-agama lain bebas untuk di amalkan.
Konsep kongsi kuasa dan pengekalan keharmonian sesame warganegara adalah beberapa alasan untuk mewajarkan suasana sama-sama menyambut hari kebesaran agama-agama lain.
Persoalannya adakah atas roh toleransi sehingga dibuka seluas luasnya pintu pemisah dalam soal-soal aqidah dan adakah alasan siasah syariah menjadi penyebab terjadinya kongsi raya .
KONSEP ASAL WALA’ DAN BARA’
Secara asasnya Islam menyuruh umatnya berwala’ kepada Islam dan Barra’ dari kekufuran serta merasa bangga dengan pegangan Islam serta menampilkan jati diri muslim sehingga keperibadian dan corak kehidupan dapat dibezakan dari golongan kafir. Ini dapat diambil daripada ayat-ayat berikut.2.1 Ayat Allah yang menyeru kepada berbangga dengan Islam
ومن احسن قولا ممن دعا الى الله و عمل صالحا و قال اننى من المسلمين
Bermaksud :
Siapakah yang lebih baik perkataanya daripaad orang yang menyeru kepada Allah , mengerjakan amal soleh dan berkata sesungguhnya aku termasuk dalam golongan muslimin.
2.2 Allah memerintahkan agar orang Islam berdoa agar dijauhkan daripada mengikuti jalan orang kafir dan diberi petunjuk mengikuti jalan yang lurus menerusi ayat:
اهدنا الصراط المستقيم صراط الذين انعمت عليهمغير المغضوب عليهم ولا الضالين
Bermaksud :
Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat keatas mereka dan bukannya jalan orang-orang yang engkau murkai dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat.
2.3 Terdapat beberapa ayat Al Quran dan As Sunnah yang menegah daripada tasyabbuh dengan orang-orang kafir kerana ia termasuk dalam kesesatan seperti firman Allah
ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها و لا تتبع أهواء الذين لا يعلمون
Bermaksud :
Kemudian kami jadikan kamu berada diatas satu syariat (peraturan)dari urusan (agama) , maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui
.ولئن اتبعت اهواءهم بعد ما جاءك من العلم ما لك من الله من ولى ولا واق)
Bermaksud :
Dan seandainya kamu mengikut hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa ) Allah.
و لاتكونوا كالذين تفرقوا واختلفوا من بعد ما جاءهم البينات
Bermaksud :
Janganlah kamu menjadi seperti oarng-orang yang berpecah belah dan berselisihan setelah datang kepada mereka keterangan.
2.4 Menyerupai dan menyertai orang-orang kafir termasuk perayaannya merupakan bukti kepada menyayangi dan mengasihi orang-orang kafir dan perbuatan ini menyalahi arahan Allah agar orang-orang mukmin البرأة daripada kekufuran. Dalam beberapa ayat Al Quran, Allah melarang dari perbuatan melantik dan mengasihi orang-orang kafir seperti firman Allah
يا ايها الذين
آمنوا لا تتخذوا اليهود والنصارى أولياء بعضهم أولياء بعض ومن يتولهم منكم فإنه منهم
Bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengangkat Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin . Mereka adalah pemimpon di kalangan mereka maka barangsiapa yang melantik mereka di jalangan kamu maka orang itu termasuk golongan mereka
.لا تجد قوما يؤمنون بالله واليوم
الاخر يوادون من حاد الله و رسوله ولو كانوا آباءهم أو أبناءهم أو إخوانهم أو عشيرتهم
Bermaksud :
Kamu tidak akan mendapati satu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat , saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya , sekalipuh orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara atau anggota keluarga mereka.
2.5 Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata
المشابهة تورث المودة والمحبة والموالاة فى الباطن , كما أن
المحبة فى: الباطن تورث المشابهة فى الظاهر (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 198
Mafhumnya :
Peniruan dan penyerupaan mewarisi rasa kasih sayang dan ketaatan di dalam batin seperti mana kasih sayang di batin mewariskan penyerupaan luaran.

Ketika memberi komentar terhadap ayat Al-Mujadilah di atas beliau mengatakan:

-فأخبر سبحانه أنه لا يوجد مؤمن يواد كافرا فمن واد الكفار فليس بمؤمن والمشابهة الظاهرة مظنة المودة فتكون محرمة (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 199

Mafhumnya :

Maka pada ayat berkenaan Allah SWT menegaskan tidak patut seorang mukmin mengasihi seorang kafir maka barangsiapa mengasihi orang kafir maka sebenarnya ia bukan seorang mukmin dan penyerupaan yang zahir kasih sayang dan ia adalah haram.

Hadith Rasulullah S.A.W. من تشبه بقوم فهو منهم
Mafhumnya :
barang siapa yang tasyabbuh dengan sesuatu kaum maka ia tergolong dalam kaum berkenaan .
Takhrij hadithأخرجه أبو داود فى اللباس و احمد , وجود اسناده شيخ الاسلام فى الاقتضاء وعضده الحافظ فى الفتح بمرسل حسن الاسناد و حسنه السيوطى و صححه الألبانى
Komentar terhadap hadith di atasSyeikh Islam Ibn Taimiyyah berpendapat
وهذا الحديث أقل احواله أن
يقتضى تحريم التشبه بهم وان كان ظاهره كفر المتشبه بهم كما فى قوله تعالى (ومن يتولهم منكم فانه منهم)(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 75
Mafhumnya :
Pada hadith ini membawa pengertian bahawa seringan-ringan hokum adalah dalil pengharaman tasyabbuh walaupun pada zahir hadith ini menunjukkan makna kufur orang yang meniru atau menyerupai orang-orang kafir seperti yang difahamkan dari ayat yang bermaksud barang siapa yang melantik mereka di kalangan kamu maka ia tersendiri akan tergolong dalam kalangan mereka.
Beliau juga menyebut
ان من اصل دروس دين الله وشرائعه و ظهور الكفر والمعاصى التشبه بالكافرين كما أن أصل كل خير المحافظة على سنن الأنبياء و شرائعهم (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 103 )
Mafhumnya :
Sesungguhnya antara faktor utama hapusnya agama Allah serta syariatnya dan muncul kekufuran serta kemaksiatan adalah sikap tasyabbuh dengan orang-orang kafir sepertimana asal setiap kebaikan itu ialah bersungguh-sungguh menjaga sunnah Anbia’ dan syariat mereka.
San’ani pula berkata
فاذا تشبه بالكافرين فى زى و اعتقد ان يكون بذلك مثله كفر فان لم يعتقد ففيه خلاف بين الفقهاء : منهم من قال
يكفر وهو ظاهر الحديث ومنهم من قال لا يكفر ؛ ولكن يؤدب سبل السلام
Mafumnya :
Apabila seseorang meniru atau menyerupai pakaian orang kafir dan ia beri’tiqad bahawa ia menyerupai si kafir itu maka hukumnya adalah ia jatuh kafir tetapi jika ia tidak beri’tiqad begitu maka berlaku khilaf di kalangan fuqaha’ : ada di kalangan mereka mengatakan tetap kufur berdasar makna zahir l hadith dan ada di kalangan mereka menghukumkan tidak kufur tetapi hendaklah dihukum .
3. Kewajipan orang Islam agar tidak menghadiri perayaan merekaLarangan menghadiri perayaan mereka diambil daripada dalil-dalil berikut:-
3.1 Seluruh dalil-dalil yang dikemukakan sebelum ini.
3.2 Ijma’ yang berlaku pada zaman sahabat dan tabien di mana tidak pernah berlaku para sahabat dan tabien hadir dalam perayaan-perayaan orang-orang kafir. Saidina Umar r.a. pernah meletakkan syarat yang kemudian dipersetujui oleh para sahabat dan fuqaha’ selepasnya bahawa ahli zimmah dari golongan ahli kitab tidak boleh menzahirkan perayaan mereka di dalam negara Islam. Sedangkan ahli kitab sendiri dilarang menzahirkan perayaan mereka, mengapa pula ada orang Islam beria-ia benar untuk mengadakan perayaan ini. Rujuk (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 109 و110 )
3.3 Kata-kata Saidina Umar r.a.
وروى البيهقى باسناد صحيح فى باب كراهة الدخول على اهل الذمة فى كنائسهم و التشبه بهم يوم نيروزهم و مهرجانهم : عن سفيان الثورى عن ثور بن يزيد عن عطاء بن دينار قال قال عمر :لا تتعلموا رطانة الأعاجم و لاتدخلوا على المشركين فى كنائسهم يوم عيدهم فان السخطة تنزل عليهم (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 178
Bermaksud :
Janganlah kamu mempelajari bahasa orang A’jam dan janganlah kamu memasuki gereja orang muysrik pada hari kebesaran mereka kerana kemurkaan Allah sedang menimpa mereka.
Catatan : Larangan mempelajari bahasa asing itu bukanlah larangan secara mutlak tetapi hendaklah ia di fahami sebagai berikut :-
i)Larangan menuturkan perkataan-perkataan A’jam yang langsung tidak diketahui maknanya kerana dikhuatiri ia membawa maksud yang boleh membawa kepada syirik dan sebagainya.
ii)Galakan untuk menutur dan menguasai bahasa Arab kerana ia merupakan syiar Islam.(Penjelasan lanjut mengenai perkara ini boleh di dapati(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم
ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 180 185 )3.4
Kata-kata Abdullah b. Umar r.a.
وروى بإسناد صحيح عن أبى أسامة حدثنا عون عن أبى المغيرة عن عبد الله ابن عمرو
قال :من بنى ببلاد الأعاجم فصنع نيروزهم ومهرجانهم و تشبه بهم حتى يموت وهو كذالك حشر معهم يوم القيامة(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 178 185 )
Mafhumnya :
Barangsiapa yang menetap di Negara A’Jam dan mengadakan perayaan nairuz dan Mahrajan serta meniru mereka sehingga ia mati dalam keadaan demikian maka akan dihimpun bersama mereka pada hari qiamat.
3.5 Ketika memberi komentar terhadap kata-kata Saidina Umar r.a. di atas, Syeikhul Islam Ibn Taimiyah berkata:
هذا عمر نهى عن تعلم لسانهم وعن مجرد دخول الكنيسة عليهم يوم عيدهم فكيف يفعل بعض افعالهم , او فعل ما
هو من مقتضيات دينهم ؟اليس موافقتهم فى العمل أعظم من الموافقة فى اللغة ؟ اوليس عمل بعض اعمال عيدهم أعظم من مجرد الدخول عليهم فى دينهم ؟ واذا كان السخط ينزل عليهم يوم عيدهم بسبب عملهم فمن يشركهم فى العمل أو بعضه اليس قد تعرض لعقوبة ذلك(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 179
Mafhumnya :
Umar dengan tegas melarang sekadar untuk mempelajari bahasa mereka (di baca bersama catatan di atas ) dan sekadar memasuki gereja mereka pada hari kebesaran mereka bagaimana pula keadaannya jika melakukan perbuatan-perbuatan mereka ataupun melakukan perbuatan yang merupakan tuntutan agama bagi mereka.Bukankan penyerupaan mereka dalam hal amalan lebih besar dari penyerupaan dari sudut bahasa ?Bukankah penyerupaan dari sudut amalan pada hari kebesaran mereka lbih besar dari sekadar masuk ke gereja mereka?Apabila kemurkaan Allah menimpa mereka pada hari kebesaran mereka disebabkan aktiviti perayaan mereka , adakah mustahil orang-orang yang menyertai mereka juga terdedah untuk menerima kemurkaan yang serupa.
3.6 Beliau seterusnya memberi komentar terhadap kata-kata Ibnu Umar dengan menegaskan(وحشر معهم ) فقال : وهذا يقتضى أنه جعله كافرا بمشاركتهم فى مجموع هذه الأمور أو جعل ذلك من الكبائر الموجبة للنار وان كان الأول ظاهر لفظه (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 179 )
Bermaksud :
(dihimpunkan brsama mereka ) Ungkapan ini menuntut hokum kafir dengan menyertai mereka dalam urusan-urusan perayaan mereka atau pun ia adalah satu dosa besar yang akan menjerumuskan ke dalam neraka walaupun pada zahirnya ia lebih sesuai dimaknakan kepada kepada tefsiran yang pertama.
4. Larangan menyerupai perbuatan merekaUmat Islam dilarang membuat perkara yang serupa dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang kafir ketika menyambut perayaan mereka. Ini dapat diambil dari pandangan-pandangan berikut:-
4.1 Telah berkata Ibn Taimiyah
لا يحل للمسلمين أن يتشبهوا بهم فى شيئ مما يختص باعيادهم لا من طعام و لالباس و لا
إغتسال ولا إيقاد النيران و لا تبطيل عادة معيشة أو عبادة أو غير ذلك و لا يحل فعل وليمة و لا الإهداء و لا البيع بما يستعان به على ذلك لأجل ذلك و لاتمكين الصبيان و نحوهم من اللعب الذى فى الأعياد و لا إظهار زينة و بالجملة ليس لهم أن يخصوا اعيادهم بشيء من شعائرهم بل يكون يوم عيدهم عند المسلمين كسائر الأيام(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه مجموع الفتاوى دار الكتاب العلمية بيروت الطبعة الأولى 2000 م 1421 ه ص 148)
Mafhumnya :
Tidak halal bagi muslimin menyerupai mereka dalam sesuatu pun yang khusus dalam perayaan mereka samada makanan , pakaian , mandian ,menyalakan api dan membatalkan perkara dan ibadat yang biasa dilakukan pada hari-hari biasa .Tidak halal juga mengadakan kenduri , pemberian hadiah , berjual beli dengan sesuatu yang menolong mereka juga tidak dibenarkan membenarkan anak-anak bermain dengan permainan tertentu pada ahari kebesaran mereka juga tidak boleh menzahirkan perhiasan-hiasan .
Secara kesimpulannya dilarang mnegkhususkan sesuatu pada hari kebesaran mereka bahkan hari perayaan mereka itu tidak ada keistimewaan di kalangan orang Islam malah seperti hari0hari yang lain juga.
4.2 Berkata Imam Az-Zahabiفاذا كان للنصارى عيد و لليهود عيد كانوا مختصين به فلا يشركهم فيه مسلم كما لا يشركهمفى شرعتهم و قبلتهم (تشبيه الخسيس بأهل الخميس مجلة الحكمة عدد (4) ص 193)
Mafhumnya :
Apabila bagi Yahudi dan Nasrani ada bagi mereka peryaan mereka masing-masing maka Orang Islam dilarang menyertai mereka seperti mana larangan menyertai mereka dalam agama dan syariat mereka.
4.3 Ibnu Al-Turkumani Al-Hanafi telah menyenaraikan beberapa perkara yang dilakukan oleh orang-orang Islam bersempena dengan perayaan orang-orang nasrani seperti berbelanja lebih pada hari itu dan membawa keluar anak-anak dan memberi komentar berikut:-قال بعض علماء
الحنفية : من فعل ما تقدم ذكره ولم يتب فهو كافر مثلهم
Mafhumnya :
Telah berkata ulama’ mazhab Hanafi barangsiapa yang melakukan perkara yang telah disebutkan dan tidak bertaubat maka ia telah kafir seperti mereka juga.
4.4 Telah berkata beberapa ulama mazhab Maliki
من كسر يوم النيروز بطيخة فكأنما ذبح خنزيرا(اللمع فى الحوادث و البدع)
Mafhumnya :
barangsiapa yang memecahkan tembikai pada hari sambutan nairuz seolah-olah ia mneyembelih babi.
5. Larangan menaiki kenderaan yang digunakan untuk pergi ke tempat perayaan berkenaan.
5.1 Berkata Imam Malik
يكره الركوب معهم فى السفن التى يركبونها لأجل اعيادهم لنزول السخطة و اللعنة عليهم (اللمع فى الحوادث و البدع
Bermaksud :
Ditegah menaiki kenderaan bersama-sama mereka yang menuju ke tempat perayaan mereka kerana laknat Allah sedang turun kepada mereka.
5.2 Dalam Kitab اقتضاء الصراط المستقيم ada menyebutkan
وسئل ابن القاسم عن الركوب فى السفن التى تركب فيها النصارى الى اعيادهم فكره ذلك مخافة نزول السخطة عليهم بشركهم الى اجتمعوا عليه .(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 208 )
Mafhumnya :
Ibnu Al Qasim telah ditanya hokum menaiki sampan yang juga dnaiki oleh orang Nasrani menuju ke tempat perayaan mereka , maka beliau menegah perbuatan itu kerana dikhuatiri ditimpa kemurkaan Allah SWT disebabkan kesyirikan mereka.
6. Tidak memberikan hadiah dan menjayakan perayaan mereka dengan membeli atau menjual sesuatu kepada mereka.
6.1 Berkata Abu Hafs Al Hanafi
من أهدى فيه بيضة الى مشرك تعظيما لليوم فقد كفر بالله (فتح البارى بابن حجر العسقلانى )
Mafhumnya :
barangsiapa yang menghadiahkan kepada musyrik sebiji telur kerana membesarkan hari peryaan mereka maka ia telah kufur terhadap Allah.
6.2 Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah:
-وكره ابن القاسم للمسلم أن يهدى للنصارى شيئا فى عيدهم مكافأة لهم ورآه من تعظيم عيدهم وعونا لهم على مصلحة كفرهم ؛ الا ترى انه لا يحل للمسلمين ان يبيعوا من النصارى شيئا من مصلحة عيدهم لا لحما ولا اداما و لا ثوبا و لا يعارون دابة و لا يعاونون على شيء من عندهم ؛ لان ذلك من تعظيم شركهم ومن عونهم على كفرهم , و ينبغى للسلاطين ان ينهوا المسلمين عن ذلك , وهو قول مالك وغيره : لم اعلمه اختلف فيه . (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 208 )
Mafhumnya :
Ibnu Al Qasim menegah seorang muslim menghadiahkan sesuatu kepada orang Nasrani .Beliau melihat perbuatan itu sebagai membesarkan perayaan mereka dan satu bentuk pertolongan kepada maslahat kekufuran mereka . Tidak halal bagi muslimin berjual beli dengan mereka khusunya dalam menjayakan maslahat perayaan mereka samada daging , pakaian dan tidak meminjamkan kenderaan kepada mereka dan tidak boleh menghulurkan pertolongan kepada menjayakan perayaan mereka .Semua perkara berkenaan adalah tanda membesarkan kesyirikan mereka dan satu bentuk pertolongan kepada kekufuran mereka. Dan sepatutnya para Sultan menegah uslimin dari terlibat dalam hal-hal berkenaan.
7. Larangan menolong muslim lain yang tasyabbuh dengan perayaan ini
7.1 Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah :-
وكما لا يتشبه بهم فى الأعياد فلا يعان المسلم المتشبه بهم فى ذلك بل ينهى عن ذلك فمن صنع دعوة مخالفة للعادة فى اعيادهم لم تجب دعوته ومن اهدى من المسلمين هدية فى هذه الأعياد مخالفة للعادة فى سائر الأوقات غير هذا العيد لم تقبل هديته (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 204 )
Mafhumnya :
Seperti mana dilarang tasyabbuh dengan mereka dalam perayaan mereka , dilarang juga menolong muslim lain yang tasyabbuh dengan mereka contoh kalau ia dijemput atau dihadiahkan dengan sesuatu hadiah semata-mata kerana meraikan hari berkenaan (perayaan orang kafir )maka tidak wajib menerima jemputan atau hadiah berkenaan.
8 Larangan mengucapkan tahniah kepada orang kafir sempena perayaan mereka.
8.1 Berkata Ibn Al Qayyim
واما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق مثل ان يهنئهم باعيادهم وصومهم فيقول : عيد مبارك عليك او تهنأ بهذا العيد ونحوه ؛ فهذا ان سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة ان يهنئه بسجوده للصليب ؛ بل ذلك اعظم اثما عند الله واشد مقتا من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام و نحوه وكثير ممن لا قدر للدين عنده يقع فى ذلك وهو لا يدرى قبح ما فعل . فمن هنأ عبدا بمعصية او بدعة او كفر فقد تعرض لمقت الله وسخطه وقد كان اهل الورع من اهل العلم يتجنبون تهنئة الظلمة بالولايات و تهنئة الجهال بمنصب القضاء والتدريس والافتاء تجنبا لمقت الله وسقوطهم من عينه .ابن القيم الجوزية :المتوفى سنة 751 ه , احكام اهل الذمة ,دار العلم للملايين ,الطبعة الثالثة ,1983 القسم الأول ص 205 206 )
Mafhumnya :
Adapun memberi tahniah dengan syiar kekufuran adalah haram secara ijma’ seperti mengucapkan tahniah kepada sambutan perayaan mereka atau puasa mereka .Sekalipun jika diandaikan pengucapnya tidak kufur tetapi ia masih melakukan sesuatu yang haram seperti mana jua ia mengucapkan tahniah atas penyembahan kepada salib bahkan lebih besar dosanya daripada ucapan tahniah kepada peminuman arak , pembunuhan , perzinaan dan seumpamanya . Ramai orang yang kurang pengetahuan agama terjebak dalam suasana seumpama itu . Barangsiapa yang mengucapkan tahniah kepada orang lain yang melakukan bid’ah , maksiat atau kekufuran sebenarnya terlah mendedahkan dirinya untuk ditimpa kemurkaan Allah SWt.Ramai di kalangan ahli wara’ tidak mengucapkan tahniah kepada pemerintah yang zalim , serta orang-orang yang jahil yang menjawat jawatan qadhi , guru dan mufti kerana menjauh kan diri mereka daripada ditimpa kemurkaan Allah SWT.
9. Fatwa yang telah dikeluarkan oleh اللجنة الدائمة للبحوث العلمية و الإفتاء menegaskan haram menghadiri dan menyertai perayaan bukan Islam seperti dalam fatwa no 9253 , 8848 , 6397 seperti yang dilampirkan ( dirujuk dari kitab فتاوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية و الإفتاء , جمع وترتيب الشيخ أحمد عبد الرزاق الدرويش , المجلد الثانى( العقيدة) ص 76.77.78 , الرئاسة إدارة البحوث العلمية والإفتاء الرياض _ المملكة العربية السعودية ).

Thursday, October 15, 2009

Prosiding Kahar sudah bermula~





Assalamualaikum dan salam sejahtera..

bila sebut rasul melayu?? mesti kite teringat tentang pak cik kahar..ajarannya mendapat impak yang besar dan menjadi perhatian masyarakat..

Terpesongnya Kahar apabila semua perkara berdasarkan niat sahaja dan gelaran 'rasul' adalah suatu kesalahan yang menghina Islam..

2 Oktober 2009 = aku pergi bersama rakan-rakan dari Jabatan Syariah dan Undang-Undang,Universiti Malaya ke Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam..setibanya di kompleks mahkamah,kami segera melangkah ke kamar perbicaraan kerana teruja melihat "rasul melayu" yang konon-kononnya dilantik oleh Yang Maha Kuasa..

Peguam bela Kahar?? biarlah rahsia dalamm kamar sahaja..kes rayuan ditunda ke 7 okt 2009 kerana rayuna pertama dibentangkan mempunyai masalah yang luar biasa..

ISUNYA :
"ABDUL KAHAR (RASUL MELAYU) MENGAKU SALAH" Print

Abdul Kahar Ahmad, ketua ajaran sesat yang mendakwa dirinya Rasul Melayu, hari ini menukar pengakuan tidak bersalah kepada bersalah terhadap lima pertuduhan ke atas dirinya di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam.

Pengakuan terbaru Abdul Kahar, 59 tahun, direkodkan di hadapan Hakim Syarie Abu Zaky Mohamad pada prosiding sebutan pada 24 September, 2009, bagi memperbaharui perintah tahanan reman yang dikeluarkan mahkamah.

Pada prosiding yang diadakan pada sessi petang, Hakim Syarie Abu Zaky telah mensabitkan kelima-lima pertuduhan setelah berpuashati dengan fakta kes serta pengakuan Abdul Kahar. Sebelum itu, Hakim Syarie telah menyoal tertuduh apakah dia faham akan akibat pengakuannya dan apakah pengakuannya itu terdapat dorongan, pujukan atau paksaan dalam membuat pengakuan itu,

Abdul Kahar menjawab pengakuannya adalah dengan kerelaannya sendiri tanpa dipaksa atau didorong oleh mana-mana pihak.

Abdul Kahar menghadapi lima pertuduhan iaitu Seksyen 13 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No. 9, Tahun 1995, Pendapat Yang Berhubung Dengan Isu-isu Agama Islam, Hukum Syara' Bertentangan Dengan Fatwa dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM 3,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Beliau juga didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 12 (c), enakmen yang sama dan jika sabit boleh dijatuhi hukuman denda tidak lebih RM 3,000 atau penjara tidak lebih 2 tahuh atau kedua-duanya sekali.

Tiga lagi pertuduhan yang dikenakan ke atas Abdul Kahar adalah di bawah Seksyen 10 (b), Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No. 9, Tahun 1995 dan jika sabit boleh dijatuhi hukuman denda tidak lebih RM 5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Tuduhan lain termasuklah di bawah Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No. 9, Tahun 1995 dan jika sabit boleh dikenakan hukuman denda Rm 5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Tuduhan kelima yang dikenakan ke atas Abdul Kahar adalah Seksyen 8 (a), Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor, No. 9, Tahun 1995 dan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM 5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebaik mensabitkan kesalahan ke atas Abdul Kahar, Hakim Syarie Abu Zaky telah menangguhkan kes kepada 2 Oktober, 2009 untuk mendengar hujah pendakwa raya dan rayuan peguam bela sebelum menjatuhkan hukuman. Pendakwaan dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Ustaz Abdul Shukor Abdul Hamid dan dibantu oleh Ustaz Mohd Nazri bin Basrawi, Timbalan Pendakwa Syarie Negeri Selangor.

Abdul Kahar yang telah dikenakan waran tangkap kerana beberapa kali gagal hadir ke Mahkamah telah berjaya diberkas di sebuah rumah sewa di Sungai Long pada 16 September, 2009 yang lalu.

Sejak hari itu, beliau telah ditahan reman di Penjara Sungai Buloh sehinggalah 24 September, 2009 dan ditahan semula sehingga 2 Oktober, 2009 kerana gagal menyediakan penjamin bagi kes yang telah disabitkan.

Image Image

Image


percutian ke terengganu~


Raya ke-3 aku trip ke Terengganu...raya kedua ke Melaka..

di Melaka bertemu dengan busu, uteh, asem, dakdil, kak noni dan lain-lain...

perpisahan hampir 12 tahun itu sudah cukup membuatkan hati aku bergelora..biarlah menjadi isi yang tidak bisa dicampur racun lagi~

di Terengganu, aku mandi di air terjun Sekayu..indah tempat ni...biasala,mencari ketenangan setelah berbulan-bulan dalam kancah kesibukan kota..

saat berhari raya membawa erti yang cukup besar dan lebih mematangkan aku..
gambar keluarga belah ayah...ab jani bin sahat..1997-2009..tempoh perpisahan yang lama..bertemu kembali~

Sunday, October 11, 2009

Salam Aidilfitri ..maaf zahir dan batin 2009~





wah..sedar x sedar...sebulan kita berpuasa...maka tibalah hari raya.. ermm, entry kali ni agak lewat, jadi aku x terpikir untuk mengilhamkan coretan yang panjang.. biasa r ..zaman kebizian..bak kata rumet aku, 'ko kan perdana menteri'..huhu..ungkapan yang sinis tapi mengelikan hati~ raya kali ini, menjadi a fateful day and memorable vacation buat aku sekeluarga~ seminggu sebelum berhari raya, aku beli baju melayu baru...tema kali ini aku ikot 'kata hati'..memandangkan kulit aku agak gelap..maka aku memilih warna kuning(royal) sebagai baju melayu raya dan menjadi ikon kat kampung aku..hahaha baju bersulam emas itu berharga RM159..Namun setelah mengorat mak cik kat butik Masjid Jamek tu, dia bagila RM130... memang hepi r raya kali ini..seperti biasa dan menjadi kelaziman kami sekeluarga membuat lemang,nasi impit, kuah kacang, rendang daging dan biskut raya.~~kerepek-kerepek juga tidak terkecuali~ Di pagi raya nan indah, aku sampai masjid agak awal..saf pun di bahagian hadapan.. selepas salam bermaafan dengan ibu bapa dan adik-beradik...sesi fotografi pun bermula.. masa tu berposing-posing laa... raya hanya 5 buah rumah sahaja...jiran-jiran aku jer...almaklumlaa....kawan-kawan ntah kemana selepas aku tinggal di asrama umur 13 tahun..masing-masing bawa haluan sendiri.. ada yang dah keje, x balik raya..ada yang dah kawen...ada yang dah meninggal dunia..pindah tempat lain..macam-macam r...~~ raya kedua, kali pertama setelah 12 tahun tidak pulang ke kampung (belah ayah).. kami sekeluarga pulang ke kampung..di kg Kemendore,Jasin Melaka.. sangat berbeza ...dengan raut wajah sepupu-sepupu aku...semua sudah dewasa dan matang.. padahal,masa kecik-kecik dulu..main baling-baling tanah..huhu.. melawat kubur arwah atuk,arwah nenek...al-fatihah~~ Raya ketiga..aku seorang sahaja trip ke Terengganu....apa cerite di Terengganu??? nantikan~~

Saturday, October 10, 2009

Ibu Bapaku Yang Tercinta~


Assalamualaikum...

ramai rakan-rakan saya yang bertanya mengenai kesihatan ibu saya yang hampir setahun di hospital Ampang..

Kalau dilihat pada post2 sebelum ini(older post), memang saya ada masukkan kisah mengenai ibu saya..yang disahkan mengidap penyakit blood disoder iaitu Acute Myeloid Leukaemia...dan ditahan di wad haematologists, Hospital Ampang..menjalani chemotherapy bermula 16/10/2008..

sekarang Alhamdulillah..berkat doa rakan-rakan dan saudara-mara...ibu saya telah sihat sepenuhnya,...InsyAllah...sepanjang rawatan berjalan lancar..

pedih,derite kami sekeluarga menanggungnya telah berakhir..

Pabila raya 2008..kisah sedih ini bermula...dan raya 2009..kami kembali ceria..

Di sini, saya ada masukkan gambar ibu dan bapa saya pada hari raya kedua...sebelum kami bertolak ke Melaka menziarahi saudara-mara...

Indahnya sungguh di hari raya...ramainya orang bersuka-ria..

Syukran pada semua..~.. :)

Thursday, September 24, 2009

KERONGSANG??aku penjual kerongsang~



pakat mai ramai-ramai...ke bilik aku atau hubungi aku..

sekarang ni,aku jual kerongsang, butang baju melayu...

macam-macam jenis ada..

terjun ke alam "bisnes" r pulak..

jadi,kalu sapa-sapa yang nak...maklumkan ..k

Majlis Penutupan MUBARAK 09 meriah~






kehadiran TNCHEPA selaku perasmi majlis meriah sekali...

diserikan lagi dengan ucapan Ybhg.Dato' Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Sagoff cukup memberi input pada 14 Sept lalu..bertempat di Dewan Gemilang,KK12

Majlis diserikan dengan Majlis Khatam Quran..

dan Solat Terawih,Witir dan Isya'...

Tahniah kepada ad-hoc MUBARAK 09 yang bertungkus-lumus mengendalikan majlis tersebut..

Perjalanan program selama sebulan dapat dilaksanakan dengan baik..Aemy Aziz, U deserve it!